Cara Mohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu
Kemaskini!! Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship 2022 / 2023 | Cara mohon dan Syarat Kelayakan | Semakan Status Permohonan
Yayasan Terengganu (YT) mempelawa pelajar Negeri Terengganu untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT dan YT-TI Young Talent Scholarship Programme.
Advertisement
Permohonan kedua-dua biasiswa boleh dibuat mulai 26 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.
Syarat Umum
Syarat umum bagi permohonan kedua-dua biasiswa ini adalah seperti berikut:
i) Skim Pelajar Cemerlang YT
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
ii) YT-TI Young Talent Scholarship Programme
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
- Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang-kurangnya di peringkat negeri/kebangsaan.
Syarat Khusus
Syarat khusus bagi kedua-dua biasiswa ini adalah seperti berikut:
Skim Pelajar Cemerlang YT | YT-TI Young Talent Scholarship Programme | |
Tawaran Pengajian | Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. | Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia |
Lepasan Program Persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Setaraf) | Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf) dan lulus SPM dengan mendapat Gred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET. | Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi atau setaraf) dan lulus SPM dengan mendapat Gred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET. |
Lepasan STPM/STAM | Lulus dengan cemerlang (Mumtaz/CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan STPM/STAM dan memperolehi Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET. | Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00/Mumtaz) dalam peperiksaan STPM/STAM dan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET. |
Bidang Pengajian | Pelbagai bidang/kursus. (Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang/kursus ikhtisas dan kritikal). | – Kepintaran Buatan (AI) – Sains Data (Big Data) – Undang-Undang – Muamalat – Pentadbiran Korporat – Sains Kesihatan (Fisioterapi) – Perladangan |
Tatacara Permohon
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan iaitu:
- Layari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.
- Klik “Mohon Sekarang.”
- Klik “Daftar Akaun.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar.”
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua biasiswa ini, sila layari laman web YT iaitu https://yt.gov.my/.
Advertisement