Cara Semakan Calon Jaya Keputusan Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023 / 2024
Kemaskini! Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM bagi Sesi 2023/2024 Dibuka bermula 26 Januari 2023
PENGUMUMAN
Semakan keputusan tawaran boleh dibuat melalui laman sesawang ini pada 26 JUN 2023 mulai jam 2.00 Petang
Tarikh Penting: #Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima/ Rayuan Kemasukan . #Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej . #Permohonan baharu #Semakan Tawaran Fasa 2
Semakan adalah di pautan berikut :-
=> https://matrikulasi.moe.gov.my @
=> https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI AMBILAN 2023/2024 BAGI PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022
Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2023/2024 kini dibuka!
Jurusan yang ditawarkan ialah:
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Permohonan dibuka mulai 16 Januari 2023 hingga 16 April 2023.
=> https://matrikulasi.moe.gov.my/
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan bagi sesi 2022 / 2023.
Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Kelebihan Matrikulasi
Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
Kelebihan :
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
- Wajib mengambil MUET
- Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam
Apakah Program Matrikulasi KPM?
Program Matrikulasi KPM ini juga biasa digelar disebagai ‘Matrix’ dan ia terbahagi kepada 2 iaitu :
- Program Satu Tahun
- Program Dua Tahun
Program ini mempunyai 4 jurusan iaitu
- Sains Hayat
- Sains Fizikal
- Perakaunan
- Teknikal
*Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.
Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.
Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.
Kelebihan Matrikulasi
Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
Kelebihan :
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
- Wajib mengambil MUET
- Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam
Anggaran Yuran
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.
Cara Permohonan
Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my
Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 2022 / 2023
Permohonan akan dibuka pada – 1 jun hingga 20 Jun 2022
Tarikh Semakan Keputusan / Rayuan
- Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
- Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
- Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
- Keputusan (Julai 2022).
- Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)
Berikut Disertakan Video Cara Permohonan yang disediakan oleh Channel Youtube Jom Masuk Matriks
Aliran/Jurusan Ditawarkan
Pelajar aliran atau jurusan berikut layak untuk memohon kemasukan ke Program Matrikulasi KPM:
- Perakaunan Professional
- Perakaunan
- Kejuruteraan
- Sains
Siapa Layak Memohon?
Untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan Professional, Perakaunan, dan Sains, pelajar-pelajar lepasan sekolah berikut layak memohon:
- Sekolah Kerajaan
- Sekolah Bantuan Kerajaan
- Sekolah Swasta
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan, pelajar-pelajar lepasan sekolah boleh membuat permohonan:
- Sekolah Kerajaan
- Sekolah Bantuan Kerajaan
- Sekolah Swasta
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
- Sekolah Teknik
Senarai Matrikulasi
Pelajar yang layak akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan/aliran yang ditawarkan:
Kolej Matrikulasi | Aliran/Jurusan |
Kolej Matrikulasi Melaka | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perlis | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Labuan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Johor | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perak | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kedah | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pahang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Selangor | Perakauanan Professional, Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kelantan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Sarawak | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kulim | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kuala Nerang | Perakaunan, Sains |
Peluang Menyambung Pengajian
Bagi pelajar Perakaunan, Kejuruteraan, dan Sains yang menyambung pengajian mereka dalam Program Matrikulasi KPM, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka selepas itu ke:
- Universiti Awam-Malaysia
- Universiti Luar Negara-United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun
- Universiti Swasta-Malaysia
Untuk pelajar bidang Perakaunan Professional pula, mereka boleh menyambung pengajian selepas itu ke:
- UiTM- Professional Association of Chartered Certified Accountant (ACCA)
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Permohonan.’
- Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
- Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
- Pada paparan akhir, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
Baca Juga : Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM bagi Sesi 2022/2023
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM ditalian 03-8884 4083 atau menghantar email ke [email protected]
#Permohonan Semula Matrikulasi 2022 #Syarat Kemasukan Matrikulasi
iNFO Penting Lain :-
- SENARAI BIASISWA TERKINI LEPASAN SPM/STPM 2023/2024
- SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR IP 2023/2024