Cara Permohonan Kemasukan Atlet UiTM 2022 | Laluan Khas Atlet (Pusat Sukan)
PERMOHONAN KEMASUKAN ATLET KE UiTM Tahun 2021/2022 – LALUAN KHAS ATLET (PUSAT SUKAN)
Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) ingin mempelawa atlet-atlet warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang sukan yang berkaitan untuk menyambung pelajaran di UiTM.
Advertisement
PERMOHONAN KEMASUKAN ATLET KE UiTM - LALUAN KHAS ATLET (PUSAT SUKAN)
Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa atlet-atlet warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang sukan yang berkaitan untuk menyambung pelajaran di UiTM.
KOD PROGRAM
SR111 : Diploma Pengurusan Sukan
SR113 : Diploma Pengajian Sukan
SR115 : Diploma Pengajian Sukan (5 Tahun)
SR117 : Diploma Pengurusan Sukan (5 Tahun)
SR241 : Sarjana Muda Pengurusan Sukan
SR243 : Sarjana Muda Sains Sukan
SYARAT AM UNIVERSITI
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
--- i) sekurang-kurangnya mendapat 3 kepujian mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.
--- ii) Bahasa Inggeris dan Sejarah wajib lulus sahaja.
SYARAT PENGLIBATAN SUKAN
1. Sekurang-kurang mewakili negeri ke kejohanan kebangsaan.
2. Penglibatan sukan secara aktif dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh klik pautan di bawah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
Pautan : https://forms.gle/P18ARPfmauk2Q4VG8
TARIKH TUTUP
30 Jun 2021(Rabu)
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini bolehlah merujuk kepada:
Unit Kecemerlangan Sukan
Pusat Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
E-mel : [email protected]
No. Tel : (03) 5543 5604
Sumber : Group Tele Lepasan SPM
#Mohon UiTM Atlet Pusat Sukan #Syarat Mohon UiTM #Laluan Khas Atlet
iNFO Penting Lain :-
- SENARAI BIASISWA TERKINI LEPASAN SPM/STPM 2021
- SENARAI 25 BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR IPT 2021/2022