Cara Mohon Bantuan i-Fitri | Dana Hari Raya B40 & M40

Kemaskini! Permohonan Bantuan Dana Raya i-Fitri 2023 DiBuka. Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Bantuan.

BANTUAN I-FITRI 2023 KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN BARU & KEMASKINI PENERIMA 2022

Advertisement

i-Fitri merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi tahun 2022, bantuan i-Fitri yang disalurkan bernilai RM400 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala bagi tahun ini, bantuan kewangan adalah berjumlah RM300.

Apakah Bantuan i-Fitri 2022 ?

Kerajaan Terengganu mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40 yang memanfaatkan seramai 115,000 penerima.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • RM400 kepada penerima B40 yang layak
  • RM250 kepada penerima M40 yang layak

Cara Permohonan

Cara permohonan bantuan i-Fitri ini LAYARI => https://ibantuan.terengganu.gov.my

Lain-lain Bantuan Yang Diumumkan

  • Bantuan ‘one-off’ bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.
  • Seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 seorang.
  • Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara ‘one-off’ berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara
  • Pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 ini mengenai Belanjawan Terengganu Tahun 2022 yang bermula 15 hingga 18 November di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Advertisement

Leave a Comment