Cara Mohon dan Tebus Baucar Subsidi FLYsiswa Tahun 2025

Permohonan dan Cara Tebus Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam FLYsiswa 2025. syarat Kelayakan dan semakan Kelulusan Permohonan.

Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam (UA) iaitu FLYsiswa bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisement

Pelaksanaan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM400 kepada setiap pelajar yang layak, meningkat berbanding RM300 pada 2024.

Baucar tersebut akan ditebus untuk pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk menerima bantuan tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti dan berdaftar di universiti awam, politeknik, IPG, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi sehingga 31 Disember 2024 dalam kategori berikut:
    – Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung.
    – Berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
    – Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
    – Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    – Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/Sabah/Sarawak/Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak/ Labuan).
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, dan Firefly.

Kaedah Penebusan Baucar

Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 1 Januari 2025 sehingga 30 November 2025.

Tarikh akhir penebusan baucar adalah pada 31 Disember 2025.

Penebusan baucar boleh dibuat menerusi kaedah berikut:

  1. Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.
  2. Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.
  3. Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM400 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan. Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya; dan
  4. Menggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.

Tatacara Semakan Kelayakan

Untuk semakan kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://subsidiudara.mot.gov.my/.
  2. Masukkan no MyKad dan nama universiti.
  3. Klik butang “Semak.”
  4. Status semakan sama ada:
    – Tidak layak: Pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT melalui universiti masing-masing.
    – Layak: Mohon baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang dipilih.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai FLYsiswa, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my

Advertisement

Leave a Comment