Cara Mohon Diskaun dan Penangguhan Pinjaman PTPTN
Kemaskini! Permohonan Diskaun Pembayaran balik Pinjaman PTPTN selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20% dan juga Penangguhan Balik Bayaran. Semakan Kelayakan dan Semakan Status Baki Semasa.
INSENTIF DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI BELANJAWAN 2023
Menerusi Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20% selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023.
Tujuan utama inisiatif dan bantuan ini diberikan adalah bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan terutamanya kepada mereka yang memperoleh pendapatan yang rendah.
Ini juga dapat memberi peluang atau tempoh kepada mereka untuk mendapat pekerjaan yang lebih tinggi.
Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk:
KLIK SINI -> Cara Semakan Baki PTPTN Online Terkini
Peminjam Berpendapatan RM1,800 Ke Bawah
Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan Kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan.
Permohonan penangguhan ini juga boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 kepada peminjam yang tergolong dalam kategori ini.
Mengenai PTPTN
Untuk makluman, PTPTN merupakan salah satu pembiayaan pelajaran yang lazimnya dimohon oleh kebanyakan pelajar bagi melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di dalam negara.
PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997 yang mana antara fungsi utamanya adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.
Pinjaman ini membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Cara Memohon
Untuk permohonan diskaun 20% atau penangguhan bayaran balik selama 6 bulan, pihak PTPTN akan memaklumkan cara permohonan tersebut tidak lama lagi.
Maklumat Lanjut
Untuk makluman lanjut mengenai diskaun 20% dan penangguhan bayaran balik PTPTN ini, sila layari laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my/
Advertisement