Cara Mohon Pengurangan Pinjaman MARA
Kemaskini! Cara Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA | Status Semakan Baki Pinjaman | Syarat dan Kelayakan dan Proses Kelulusan
Kelayakan Pemohon
Kelayakan pemohon untuk memohon pengurangan pinjaman pelajaran ini adalah kepada pelajar tamat/lulus pengajian dibawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Memohon Pinjoman Pelajaran.
Kursus Pengajian
Kursus pengajian yang layak memohon pengurangan meliputi:
- Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
- Tiada tunggakan bayaran Pinjaman MARA
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah salinan sijil/Diploma/ljazah Pertama/ljazah Sarjana/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan Kehakiman seperit Majistret/Peguam.
Setiap pengesahan hendakloh dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
Pembayaran Sebelum Pengurangan
Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum Pengurangan Pinjaman Pembayaran diluluskan, tidak akan dikembalikan.
Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.
Permohonan Tidak Lengkap
Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.
Bayaran Balik Keseluruhan
Peminjam dikehendaki membayar balik keseluruhan Pinjaman Pelajaran yang telah dikeluarkan oleh pihak MARA sekiranya gagal membuat permohonan pengurangan seperti ditetapkan di dalam tempoh masa gagal dalam pengajian dalam Surat Tawaran/Perjanjian.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem e-Baki iaitu https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
Kelulusan rasmi permohonon juga boleh disemak melalui sistem tersebut.
Proses Kelulusan
Proses kelulusan pengurangan pinjaman ini mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dari termpoh permohonan diterima/didaftarkan termasuk pelarasan oleh Bahagian Kewangan MARA.
Soalan Lazim
Saya telah memohon pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA, tetapi saya masih belum menerima sebarang maklum balas.
Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan termasuk pelarasan oleh Bahagian Kewangan MARA. Untuk keterangan lanjut peminjam boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA seperti berikut.
Mengapa saya tidak lagi menerima Penyata Tahunan baki Pinjaman Pelajaran MARA?
Bermula tahun 2015, MARA tidak lagi mengedarkan Penyata Tahunan secara pos. Penyata Tahunan boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.
Baru-baru ini saya ada menjelaskan bayaran balik. Bagaimana saya boleh menyemak sama ada MARA telah menerima bayaran tersebut?
Baki dan penyata kewangan disemak secara online melalui sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA ataupun dengan menghubungI pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA selepas tiga (3) hari (hari bekerja) bayaran dilakukan.
Saya telah menjelaskan bayaran balik tetapi semakan melalui e-Baki mendapati ia masih belum dikemaskini.
Pengemaskinian di e-Baki adalah dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) daripada tarikh pembayaran.
Saya telah melangsaikan semua baki pinjaman. Adakah surat penyelesaian pinjaman akan dikeluarkan ?
Surat penyelesaian pinjaman boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai pengurangan pinjaman pelajaran ini boleh dirujuk melalui pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
Advertisement