Cara Daftar Akaun BSN Internet Banking – Panduan Lengkap Video

Updated! Cara Register myBSN Online Banking Terkini 2021 | Semak Baki Akaun BSN Online | Cara Nak Buka Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) | Login myBSN di www.mybsn.com.my First Time User | Activate BSN Online Banking | Perbankan SMS BSN

CARA DAFTAR AKAUN BSN ONLINE UNTUK PENGGUNA BARU

LANGKAH 1: LAYARI LAMAN WEB RASMI BSN.

LANGKAH 2: ISI BUTIRAN KAD BANK BSN

  • Anda kemudian perlu mengisi butiran kad bank BSN anda pada ruang yang disediakan. Pastikan anda mengisi butiran tersebut dengan tepat dan lengkap.
  • Pada bahagian ‘STEP 1’ di DEBIT/CREDIT CARD NUMBER isikan 16 digit kad bank BSN anda.
  • Di bahagian CVV2 isikan 3 nombor yang berada di belakang kad bank BSN anda.
  • Isikan pada bahagian expiry date, isikan bulan dan tahun kad anda tamat tempoh. Dapatkan tarikh tamat tempoh ini pada bahagian hadapan kad anda.
  • Pada bahagian ‘STEP 2’ isikan nombor kad pengenalan anda pastikan semua maklumat anda tepat kemudian klik pada ‘Next’

LANGKAH 3: BUAT ID PENGGUNA/ USERNAME DAN PASSWORD myBSN 

  • Anda dikehendaki membuat id pengguna atau username mengikut syarat yang ditetapkan kemudian cipta password/kata laluan untuk akaun myBSN anda.
  • Klik pada ‘Request OTP’ untuk tujuan keselamatan nombor OTP ini akan dihantarkan ke nombor telefon yang anda gunakan waktu pendaftaran akaun BSN dahulu.
  • Isikan 6 digit yang diterima untuk meneruskan pendaftaran.

LANGKAH 4: PENGESAHAN PENDAFTARAN AKAUN myBSN

  • Pilih satu ‘online image’ yang mudah anda ingati bagi tujuan pengesahan.

NOTA: Jika berlaku “Unable to process your request” hubungi Customer Service Centre di talian1 300 88 1900.

Advertisement

LANGKAH 5: LOGIN KE AKAUN myBSN

  • Selesai semua proses di atas anda boleh terus login ke akaun myBSN anda menggunakan username dan password yang didaftarkan tadi.

 SIAP! Mudah bukan?
Dah ada akaun myBSN dah boleh buat semakan penyata dan baki secara online.

Tapi tahukah anda yang anda juga boleh buat semakan akaun BSN secara SMS? Nak tahu macam mana? Baca artikel kami sampai habis!

Cara Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS 

Macam mana nak semak melalui SMS?

Senang je, ikut langkah demi langkah yang kami sediakan di bawah:

CARA DAFTAR SMS BANKING BSN 

LANGKAH 1: PENDAFTARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT ANDA

Anda perlu hadir di cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat pendaftaran nombor telefon bimbit anda terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan SMS Banking BSN.

LANGKAH 2: PENDAFTARAN SMS BANKING SMS DI MESIN ATM

Adalah ingin diingatkan anda boleh membuat pendaftaran di mesin ATM BSN sekali sahaja.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Pergi ke mesin ATM BSN cawangan BSN yang berdekatan 
  • Pilih menu ‘Urusan Lain’
  • Tekan pada bahagian ‘perbankan SMS dan pendaftaran’
  • Masukan 4 digit no UAC yang akan diterima.
  • Kemudian masukan 4 digit M-PIN + 2 digit UAC (Rujuk contoh di bawah)

LANGKAH 3: CARA AKTIFKAN PERBANKAN SMS BSN

Taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>4 digit UAC XX dan hantar ke 36898. Contoh: ACT 111222 123499 hantar ke 36898 

LANGKAH 4: CARA SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI SMS

  • Selesai buat pengaktifan, anda kini boleh membuat semakan akaun BSN melalui SMS dengan cara berikut:

 Taip BAL<jarak>M-PIN hantar ke 36898

Perkhidmatan Internet Banking MyBSN

Berikut ini adalah perkhidmatan yang ada di Internet banking bank BSN.

  • Balance enquiry
  • Fund Transfer
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Debit Card :
    – Update Purchase Limit
    – Update Overseas Transaction Status
    – Update Online Purchase Status
  • Report Lost/Stolen Card
  • e-SSP Savings
  • PIN Purchase
    – Further your studies to higher level? Purchase your Unique ID No or PIN No online. Only from BSN
  • Prepaid Reload
  • Standing Instruction
    – Manage your periodic payments to BSN accounts and other Banks’ accounts online
  • Financing Payment
    – You can make payments to all BSN Loan accounts (Personal Loan, Home Loan and Hire Purchase)
  • e-Statement Download
  • Online Application
  • Application for e-Saver
  • Apply for Credit Card.
  • Secured Message Inbox

Tutorial Video Youtube oleh channel Imran Wafi . Moga Bermanfaat

FAQ Cara Daftar :

Sebarang pertanyaan dan soalan lazim yang anda ingin tahu berkenaan dengan cara daftar myBSN, anda boleh rujuk FAQ di bawah :

Perlukah membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?

Tidak perlu. Anda boleh gunakan dan nombor kad ATM yang sedia ada

Bolehkah buka akaun secara online?

Setakat ini BSN belum lagi menawarkan perkidmatan ini.

Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?

Selepas mendaftar MyBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.

Bolehkah menggunakan perkhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan myBSN?

Sila layari laman web BSN untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanann dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan dengan MyBSN.

Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?

Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

Perlukah daftar semula dengan MyBSN selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?

Anda tidak perlu mendaftar semuka. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam MyBSN akan sentiasa sah.

Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?

Dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Lalun sebagai langkah keselaman. Guna kata laluan yang berlainan

Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?

Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.

Bolehkah tukar kata laluan?

Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan.

Apakah langkah keselamatan yang perlu ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?

Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL BSN yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel.

Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?

Hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)

Adakah dikenakan bayaran menggunakan MyBSN?

Tiada sebarang pembayaran dikenakan

Kini anda boleh semak baki akaun BSN melalui online. Mudah sahaja kan?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk BSN hotline dan hubungi ke :

📞1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)

📧[email protected]

Baca Juga :

Advertisement

Leave a Comment