Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan
Kemaskini! Permhonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan 2022 | Borang PermohonanSyarat Mohon dan Semakan Kelulusan dan Keputusan
Bantuan ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.
Advertisement
Oleh itu, mahasiswa yang memerlukan bantuan ini dialu-alukan memohon mulai 23 Februari 2022 sehingga 14 Mac 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
- Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
- Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
- Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
- Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
- Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
- Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
- Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan KLIK SINI
- Klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:
- Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun: KLIK SINI
- Borang Akuan Pengesahan Pendapatan: KLIK SINI
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/.
UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA DAN BANTUAN PELAJAR MALAYSIA 2022 KLIK SINI
Advertisement