Cara Mohon Bantuan i-Perantau

Kemaskini! Permohonan Bantuan i-Perantau Terengganu 2022 (RM400 / RM250) Telah dibuka bemrula 24 April hinggan 2 Mei 2020. Syarat Kelayakan dan Semakan status Kelulusan i-Perantau – Anak Terengganu di Perantaun Tahun 2022. Tarikh Bayaran i-Perantau.

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi bantuan one-off i-Perantau kepada anak perantau yang layak.

Advertisement

Dianggarkan 5000 ketua isi rumah mendapat manfaat dari bantuan ini.

Apakah Bantuan i-Perantau?

i-Perantau adalah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak Perantau yang layak.

Jumlah Bantuan i-Perantau 2022

  • RM400 – Kategori A (Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500)
  • RM250 – Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000)

Syarat Kelayakan i-Perantau 2022

KATEGORI A: Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500

  1. Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Teréngganu
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri
    daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain)
    dengan jumlah pendapatan bulanan “ISI RUMAH” TIDAK
    MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
  3. Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima
    elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
  5. Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
  6. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI
    pendapatan “ISI RUMAH” TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan
    dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  7. Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan
    Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim
    atau Ketua Kampung.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan:
    • i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.
    • ii. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
    • iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status
      perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
    • iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)
  9. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  10. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apaapa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

KATEGORI B: Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000

  1. Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Teréngganu
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada
    ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah
    pendapatan bulanan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA
    RM5,000 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
  3. Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima
    elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
  5. Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
  6. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI
    pendapatan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000
    sebulan dan di sahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  7. Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan
    Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim
    atau Ketua Kampung.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah di muat
    naik (upload) ke link permohonan yang disediakan:
    i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan
    tanggungannya.
    ii. Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan
    Pendapatan yang disahkan
    iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status
    perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
    iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)
  9. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  10. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apaapa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Sila rujuk lampiran berikut untuk melengkapkan permohonan:

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan

i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan
tanggungannya.
ii. Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan
Pendapatan yang disahkan
iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status
perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)

DOKUMEN TAMBAHAN

i) Surat Akuan Pendapatan Isi Rumah

ALL_BORANG_lampiran_permohonan_ifitri

ii) Borang Akuan SPRM

Borang-Akuan-SPRM-I-PERANTAU

Maklumat permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu dan rujuk Wakil Sekretariat Perantau Mengikut Negeri melalui lampiran di bawah:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia melalui talian:

  • 011- 517 54 924
  • 011 – 517 54 969
Advertisement

Leave a Comment