Cara Daftar dan Tebus Kredit eBelia Rahmah Aplikasi Boost

Kemaskini! Permohonan Pendaftaran dan Penebusan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM 200 Tahun 2023 akan DiBuka mulai 26 JUN 2023 Jam 8.00 Pagi melalui Penyedia Perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Advertisement
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*

*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

CARA DAFTAR DAN TEBUS EBELIA RAHMAH – APLIKASI BOOST

Boost adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBeliaRahmah 2023!

Pastikan anda verify akaun Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat!

Info lanjut: https://myboost.co/ebelia-2023

Advertisement

Leave a Comment