Cara Daftar dan Tebus Kredit e-Tunai Belia Rahmah 2023
Kemaskini! Permohonan dan Pendaftaran Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200 Tahun 2023 akan DiBuka mulai 22 JUN 2023. Syarat Kelayakan dan Semakan Status Kelulusan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kredit e-Tunai untuk Belia 18 hingga 20 Tahun. Cara Daftar, Tebus dan Claim eBelia Rahmah Melalui Aplikasi Boost , Touch N Go dan SETEL.
Bantuan e-Tunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Bantuan terbaru kepada rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.
Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah satu inisiatif yang diumumkan kepada golongan belia adalah pemberian e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Pemberian e-Tunai Belia Rahmah ini akan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM400 juta.
Inisiatif e-Tunai ini selain membantu meringankan beban kos sara hidup belia, pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian.
Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*
*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023 (Boost, TNG & Setel) | Daftar dan Penebusan
Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:
- Boost
- Touch n Go
- Setel
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos depan.
CARA DAFTAR DAN TEBUS EBELIA RAHMAH – TOUCH N GO
Bagi pengguna TNG, jom prepare eWallet anda sekarang!
Pastikan anda boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eBeliaRahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada hari Isnin 26 Jun 2023 nanti!
Ketahui lebih di https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-
Video Tutorial Youtube : https://youtu.be/G8g0tH21XJA
CARA DAFTAR DAN TEBUS EBELIA RAHMAH – APLIKASI BOOST
Boost adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBeliaRahmah 2023!
Pastikan anda verify akaun Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat!
Info lanjut: https://myboost.co/
CARA DAFTAR DAN TEBUS BELIA RAHMAH – APLIKASI SETEL
Setel telah dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet program eBeliaRahmah yang bakal tiba!
Para belia boleh menuntut kredit ‘one-off’ RM200* dengan lebih banyak ganjaran Setel menanti anda!\
Jangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif eBeliaRahmah dan nikmati tawaran ganjaran hebat yang bakal menjadi milik anda.
Tag kawan-kawan untuk Setel semua dengan kami! Kongsi kod rujukan anda dengan rakan, dan anda berdua akan menerima Kredit Setel RM7 setelah selesai pendaftaran dan berbelanja mininum RM30.
*Tertakluk pada T&S
Cara Penebusan
Permohonan / penebusan kredit eBelia Rahmah boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
a. Boost
b. Setel
c. Touch ‘n Go eWallet - Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
- Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
- Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
- Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah
Cara penebusan e-Tunai secara terperinci akan dimaklumkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet yang terbabit dalam masa terdekat.
Apakah yang boleh dibeli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?
Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- a. pemindahan “peer-to-peer”;
- b. penebusan tunai;
- c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- f. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- i. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim eBelia Rahmah
Sila rujuk soalan lazim melalui lampiran di bawah:
Apakah inisiatif eBeliaRahmah?
• Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
• Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
• Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
• Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).
Siapakah yang layak menerima kredit eBeliaRahmah ini?
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia; dan
b. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
c. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.
Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?
Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c).
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)
Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak?
Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)
Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?
Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)
Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir? Adakah kredit eBeliaRahmah dan insentif e-tunai mempunyai tarikh luput?
• Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
• Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
• Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Di manakah saya boleh membuat tuntuan kredit eBeliaRahmah ini?
Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:
a. Boost;
b. Setel; dan
c. Touch ‘n Go eWallet
Bagaimana saya boleh memohon kredit eBeliaRahmah?
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.
Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.
Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah?
Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?
Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.
Mengapa permohonan saya lambat diluluskan?
Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah.
Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari.
Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
a. Boost: https://support.myboost.com.my
b. Setel: https://help.setel.com/
c. Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my
Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?
Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.
Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?
Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal. Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS. Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html
Advertisement