Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).
Teras Pembangunan PLKPK
- Dibangunkan bersama pihak industri.
- Mengaplikasikan amalan pertanian baik dan teknologi terkini.
- Mengambil kira permintaan semasa pasaran tenaga kerja.
Objektif PLKPK
- Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
- Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
- Diiktiraf oleh industri-industri di Malaysia
- Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
- Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Pelaksanaan
- Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
- Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Persijilan
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
- Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4
Tempoh Latihan
- Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
- Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
- Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)
- Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)
Bidang Latihan Kemahiran Pertanian Yang Ditawarkan
Institut Latihan Pertanian
Persijilan Program Latihan Kemahiran Pertanian
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
- Berumur 18-25 tahun
- Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan
Insentif Kepada Pelatih
- Yuran pengajian percuma *
- Elaun RM200-RM300 sebulan
- Penginapan disediakan
- Makan dan minum disediakan
* Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.
Cara Memohon
Pengambilan pelatih baru Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web di pautan berikut :
- Kemasukan Januari
- Portal Rasmi MAFI – http://www.moa.gov.my/blkp (dibuka mulai Oktober-Disember)
- Kemasukan Julai
- Portal Rasmi MAFI – http://www.moa.gov.my/blkp (dibuka mulai April-Jun)
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia – http://www.upu.moe.gov.my (dibuka mulai Januari-Jun)
_____________________________________________________________________________________________________
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi :
Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.
Tel : 03-8870 1695 / 1692 / 1802
Faks : 03-8888 1699 / 03-8870 6908
Permohonan Online Permohonan Online
- Permohonan Online Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) BLKP
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) UPUSKILLS