Cara Mohon Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS)
Kemaskini! Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022 | Syarat mohon dan kelayakan | Semakan Kelulusan
Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS bagi menjalani Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH) kini di buka kepada rakyat Negeri Selangor
Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebagai agensi pelaksana dan telah dilancarkan pada tahun 2021.
Matlamat program tersebut adalah untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3 iaitu Kepimpinan dan Perwakilan.
Wanita yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 15 Mac 2022 bagi ambilan Mei 2022.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pengurusan
- Pemasaran
- Sumber Manusia
- Perniagaan
- Sains Politik
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
i) Kategori orang awam
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
- Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
- Pemohon memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS)
ii) Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)
- Pemohon mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
- Pemohon berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Pemohon menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS).
Tatacara Permohonan
Permohonan Biasiswa WBS boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan pendaftaran https://forms.office.com/r/GxdgQrj2a3%20%20?fsw=0.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Submit’ setelah semua maklumat diisi.
Kemudian, pemohon perlu menghantar email kepada pihak urusetia [email protected] dengan menulis ‘Nama Penuh – PPSH KOHORT 2’ di subjek email dan menyertakan:
- Salinan salinan kad pengenalan
- Gambar berukuran passport
- Resume
- Kenyataan Peribadi Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor:
“Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?” (minima 150 patah perkataan).
Maklumat Lanjut
Segala maklumat lanjut mengenai Biasiswa WBS boleh dirujuk melalui laman web https://www.wbselangor.com.my/.
Advertisement